PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew meluahkan rasa syukurnya kerana dapat membuka Rumah Kasih Umat di Gaza yang akan menempatkan penduduk-penduduk termasuk kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang. Menurutnya, dia menyewa dua rumah untuk dijadikan rumah kebajikan yang setakat ini menempatkan 10 anak yatim, selain menjadi tempat tinggal orang susah serta tempat bagi mengadakan kelas juga aktiviti kanak-kanak. "Menangis melihat anak-anak ini. Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan, saya tidur malam disini terfikir risau juga. "Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidup melalui hidup diuji begini," tulisnya di media sosial. ARTIKLE BERKAITAN: “Ustaz Ebit ada di hotel, tunggu peluang untuk masuk” - Rakyat Malaysia di Gaza ARTIKLE BERKAITAN: Misi ke Gaza dipersoal, ini rupa-rupanya tujuan sebenar Caprice - “Saya tak boleh rakam gerakan demi keselamatan” Ebit juga sempat melawat beberapa keluarga yang memerlukan di Gaza serta menyumbangkan pelbagai barangan keperluan. "Seorang ibu tunggal bersama tujuh anak kecil lagi, seorang tu masih baby lagi, Ya Allah. Suaminya syahid baru ini asbab serangan bom. "Masa mula sampai semua sedih je, saya tengok anak kecil ini hati jadi tak tahan nak menangis. TONTON VIDEO PILIHAN! "Saya dah sebulan belum jumpa anak isteri dan keluarga dah terasa sayu inikan pula anak kecil ini kehilangan ayah mereka tapi masih boleh tersenyum. Seronok bila bawa hadiah terus semua senyum, ” katanya menambah keluarga ini dibawa ke rumah kasih umat serta diberikan sumbangan bersama ibu-ibu tunggal yang lain. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Isnin lalu media melaporkan rombongan Ebit akhirnya berjaya memasuki Gaza, Palestin demi misi bantuan kemanusiaan. Buat masa ini rumah kasih umat ini menempatkan 10 orang anak yatim. Menerusi satu entri di media sosialnya Ebit, beliau memaklumkan rombongannya merupakan kumpulan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas serangan baru-baru ini. Ebit menyampaikan sumbangan pada kanak-kanak di Gaza. Sementara itu berkongsi pengalamannya menziarahi beberapa keluarga yang memerlukan di Gaza, Ebit berkata dia sempat membeli beberapa barangan keperluan seperti makanan dan juga mainan untuk anak-anak. “Bila berbual saya tanya nama semua bagi tahu nama masing-masing, seorang ni tak jawab-jawab, rupanya tak dengar dah lama, sakit. “Saya tanya ada bawa jumpa doktor, (rupanya) ubat hanya ada di Mesir dan (dia) perlu menjalani pembedahan di West Bank. “Saya terus ambil nama jenis ubat tu, nanti akan minta team Malaysia yang akan masuk dalam masa terdekat bawa ubat tu, ” katanya menambah ubat tersebut akan dibawa masuk dapat dalam masa terdekat oleh Team Malaysia yang akan masuk dengan bantuan @palestineredcrescent. Ebit berjaya masuk ke Gaza pada hari isnin lalu. Ebit juga sempat memuji penduduk Gaza yang dikatakan mempunyai perilaku dan akhlak yang sangat lemah lembut dan benar-benar terpuji.. Dia juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada Menteri Luar Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tengku Mahkota Johor yang turut sama membantunya menjayakan misi ini. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)