DIKEMASKINI YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan perlunya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlirnen seperti yang termaktub dalarn Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan. "Selain itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 hendaklah meneruskan sesi-sesi mesyuaratnya untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang. "Ini bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin - Agong Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara bermula pukul 11 pagi Selasa. Turut hadir, Timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon, serta Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Titah baginda, ia susulan sesi menghadap pada Selasa dan lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, 16 Jun lalu. "Semasa sesi menghadap tersebut, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesediaan pihak Parlimen untuk mengadakan persidangan Parlimen secepat rnungkin. "Pandangan dan seruan-seruan ini merupakan pendirian Seri Paduka Baginda dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Raja Berperlembagaan berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undangnya," kata Ahmad Fadli. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!