suria

Remaja hidap penyakit kronik diutamakan ambil suntikan Pfizer - Dr Adham

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengesyorkan remaja berisiko tinggi diberi keutamaan suntikan vaksin Pfizer.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata remaja yang mempunyai penyakit kronik disyorkan agar diberi keutamaan untuk mendapat suntikan Pfizer.

Dalam sidang akhbar berkaitan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Isnin, Adham berkata data keberhasilan percubaan klinikal yang sedang dijalankan oleh Pfizer-BioNTech di beberapa negara mendapati vaksin Comirnaty adalah berisiko rendah kepada golongan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksinasi Covid-19: Rekod baharu, Malaysia lepasi 250, 000 dos harian

"Mereka yang mempunyai penyakit kanser, daya imun yang rendah serta comobidity dinasihat oleh pakar agar mendapat manfaat daripada suntikan Pfizer.

"Golongan remaja berisiko ini akan diberi perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan meneliti data klinikal yang dikeluarkan," katanya.

Tambah Adham, perkara itu dicapai dalam mesyuarat Kumpulan Teknikal Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurutnya, setiap dos bagi remaja adalah berbeza berbanding golongan dewasa dengan mengambil kira data tahap umur dan berat badan.

Kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun ke atas boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera sejak 21 Jun lalu.

Sebelum ini MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Program tersebut diadakan bersama Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.-Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain