suria

Covid-19: 204 petugas di PPV IDCC Shah Alam disahkan positif - Khairy

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Foto: Bernama.

SERAMAI 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi kerisauan, Arab Saudi kini iktiraf vaksin Sinovac - Menteri Agama

Susulan itu, PPV berkenaan turut ditutup sehari pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Janji temu yang sepatutnya dilakukan pada Selasa juga akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 menerusi satu kenyataan memberi saranan kepada mereka yang hadir ke lokasi itu agar membuat penilaian kendiri dan melakukan saringan sekiranya bergejala.

"CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan saringan Covid-19, " ujar kenyataan itu. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain