suria

Kes dera Adik Bella berlaku dalam rumah kawan sendiri, Syed Azmi akhirnya ‘bersuara’... akui banyak persoalan timbul - “Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu”

Menurut Syed Azmi, dia memang rakan kepada penjaga Bella dan mengakui ada bertanya mengenai hal itu.

LAPORAN mengenai Adik Bella, seorang anak istimewa yang dipercayai menjadi mangsa dera ternyata meruntun hati rakyat Malaysia.

Pada Isnin malam, aktivis Syed Azmi Alhabshi tampil bersuara dan memberikan penjelasannya berhubung kes melibatkan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu.

Menurut Syed Azmi, dia ada alasan tersendiri apabila memilih untuk senyap terlebih dahulu ketika kes itu mula menjadi perhatian umum.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya senyap bukan bermakna tak buat apa-apa” – Aktivis Syed Azmi tuntut keadilan untuk Bella

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Bella dipercayai jadi mangsa dera, JKM sita Rumah Bonda

"Ramai sebenarnya nak tanya atau nak saya jawab pelbagai bentuk soalan mengenai kes penderaan Bella. Bella dijumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderaan ke atasnya dalam rumah kawan saya.

"Dia dijumpai oleh pelapor yang memaklumkan saya melalui video dan panggilan telefon dan yang saya bagitau ialah untuk bawa ke hospital. SCAN team di hospital diaktifkan dan rawatan, pemulihan dan perlindungan Bella dijalankan. Bella selamat.

"Now, apa sebenarnya berlaku pada Bella? Ini yang saya faham #justiceforbella dan saya pun nak tahu. Kemudian saya senyap. Adakah pemilihan saya untuk senyap ini yang paling tepat. Bergantung pada siapa yang saya tanya. Ada yang setuju dan ada yang tidak, " ujarnya.

Menurut Syed Azmi, ada beberapa perkara yang bermain di fikirannya ketika itu termasuklah isu keselamatan penghuni kanak-kanak lain serta keadaan semasa melibatkan jangkitan Covid-19.

"Waktu Bella disahkan sebagai kes yang memerlukan perlindungan, ada beberapa perkara yang saya perlu lihat iaitu keselamatan kanak-kanak lain. Sama ada di kediaman peribadi mahupun di Rumah Bonda.

553

Jelas Syed Azmi, dia ada alasan tersendiri kerana memilih untuk senyap terlebih dahulu sewaktu kes ini mula-mula terbongkar.

"Kedua dua kediaman ini terkena wabak Covid-19 pada waktu ini. Ada yang negatif dan ada yang masuk hospital. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha menyaring dan merawat kesemua penghuni, sukarelawan dan kanak-kanak.

"Kawan saya yang merupakan penjaga utama penghuni dan anak-anak jagaannya juga berada di hospital dan dia adalah orang utama penghubung antara penghuni dan juga ibu bapa mereka.

"Waktu ini laporan polis dah dibuat dan yang saya utamakan rawatan bagi semua penghuni yang terjebak dengan Covid-19. Mana yang boleh balik, kita mintak balik. Apa-apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlukan kita berikan," ujarnya lagi.

Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu dan kalau dia breakdown, macam mana nak bagi keterangan?

SYED AZMI ALHABSHI

Menurut Syed Azmi, dia memang rakan kepada penjaga Bella dan mengakui ada bertanya mengenai hal itu.

Luahnya lagi, dia turut sedih akan apa yang berlaku dan terpinga-pinga apabila dimaklumkan kejadian itu berlaku dalam kediaman rakannya.

"Saya memberitahu penjaga Bella apabila keadaan kesihatannya tidak lagi kritikal dan beberapa hari sebelum dia boleh discaj dari hospital mengenai laporan polis dan tuduhan terhadapnya.

"Ya saya memang kawan beliau tapi saya juga tahu apa yang berlaku apabila ada kes berkaitan penderaan secara amnya. Adakah saya bertanya? Yes. Dia bagitau jawapan dan saya minta dia tenang dan beri semua keterangan pada polis.

"Apa perasaan saya waktu itu? Penderaan yang berlaku pada Bella memang sedih. Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadannya sahaja tanpa gambar pun saya dah faham.

"Berlaku dalam rumah kawan saya sendiri, membuatkan lagi saya rasa terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya. Soalan-soalan macam siapa, bila, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah Covid-19," jelasnya.

Kata Syed Azmi, dia langsung tidak mempunyai sebarang syak wasangka dan akhirnya menyalahkan diri sendiri kerana beranggapan tidak cukup prihatin dengan keadaan sekeliling.

Jelasnya, dia mengambil pendekatan untuk senyap bagi membantu siasatan dan mahu segala proses berkaitan berjalan lancar.

553 (9)

Kediaman yang sudah disita oleh JKM.

"Kenapa lepas berlaku, tak ada cerita pada sesiapa, tak minta tolong sesiapa, dan semua tu la. Ini bermain main di kepala sebab kerja kami kebajikan dan kanak-kanak. Tak pernah perasan apa apa yang lainnya selama ini. Tak ada apa apa syak wasangka pun. Tak ada langsung.

"Akhirnya saya sendiri salahkan diri sendiri sebab adakah saya tak cukup bertanya khabar atau tak ada masa untuk kawan-kawan saya dan sebagainya. Itu yang saya mula-mula rasa.

"Akhirnya saya ambil tindakan untuk senyap dan bantu siasatan dan pada masa yang sama sebab saya rapat dengan yang dituduh, saya juga rasa saya bertanggungjawab untuk memastikan keadaan tenang agar semua jawapan dan soal siasat dapat jalan lancar. Itu yang saya pilih.

"Anak-anak jagaan JKM lain di atas nama penjaga yang sama juga di selamatkan dan ditempatkan di tempat yang selamat. Selesai satu lagi. Ingat ye, waktu ni keadaan mereka masih lagi dalam jangkitan Covid-19 dan JKM dengan bantuan KKM pantas selamatkan sejurus selepas mereka selamat untuk dipindahkan, " jelasnya.

Menurut Syed Azmi lagi, tiada apa yang boleh dilakukannya memandangkan Bella juga sudah diselamatkan dan diberi rawatan.

Tambah Syed Azmi, dia juga risau emosi suspek terganggu sehingga berlaku perkara tak diingini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Again, Bella sudah diselamatkan. Takde apa yang saya boleh buat untuk Bella. Rawatan perubatan, psikososial dan kaunseling, adaptasi semula ke tempat lama beliau dan perlindungan serta perkembangan intelektual semua diberikan. OK Alhamdulillah dan moga dia dapat atasi pengalaman yang beliau lalui dan mulakan hidup baru.

bela2

Kecederaan yang dialami remaja perempuan sindrom Down itu.

"Waktu ni, dah viral mengenai kes Bella. Nama saya dah naik. Netizen mahukan jawapan. Saya masih senyap. Kenapa? Sebab penjaga dah balik dan polis baru hari pertama siasatan. Kerja saya pastikan dia tenang dan beri kerjasama. Hari kedua pun. Hari ketiga pun sama. Hari keempat pun sama. Netizen push push push. Saya masih nak lihat apa nak kena buat. Beri kerjasama polis.

"Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu dan kalau dia breakdown, macam mana nak bagi keterangan? Kalau dia tetiba murung dan kelar tangan bunuh diri macam mana kita nak dapat tahu apa maklumat sebenar?

"Kalau dia tiba-tiba jadi gila macam mana dia nak berdiri dalam mahkamah? Selepas soal siasat pun saya kena dapatkan kerjasama dia untuk penghuni dan kanak-kanak lain. Kawan atau tidak, jelas kita ada proses undang-undang. Dia atau semua suspek penting untuk dalam keadaan tenang dan waras dalam bantu siasatan polis, " jelasnya lagi.

Di akhir nukilannya di Facebook, Syed Azmi turut memohon maaf dan mengakui sudah mencuba yang terbaik sebagaimana harapan semua pihak ke atasnya.

"Saya dah cuba tapi tak berkemampuan sebagaimana harapan semua. Saya bersuara hari ini sebab semua yang saya boleh buat saya dah buat.

"Terpulanglah pada kalian nak terima atau tidak. Maafkan saya," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain