suria

Kedai komputer, telekomunikasi, buku dan alat tulis dibenar beroperasi mulai esok

Kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa dan tenaga pengajar.

MENGAMBIL kira maklumbalas orang ramai, kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 16 Julai.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu 60 tahun ke atas boleh ‘walk in’ untuk terima vaksin di PPV tak lama lagi

Ujar beliau, kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa dan tenaga pengajar.

kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa dan tenaga pengajar.

"Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkembangan lain Ismail Sabri berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.

Jelas beliau, Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja.

"Dari jumlah itu, 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain