suria

Kelantan henti suntikan vaksin Sinovac, ganti Pfizer-BioNTech... negeri lain bakal menyusul

Ia bukan sahaja melibatkan Kelantan, malah negeri-negeri lain juga bakal menyusul tidak lama lagi.

PEMBERIAN vaksin Sinovac akan dihentikan di Kelantan pada akhir bulan ini dan akan diganti dengan suntikan Pfizer-BioNTech.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia susulan bekalan Pfizer-BioNTech yang sudah banyak ditempah untuk negara ini.

"Di Kelantan memang kita akan beralih ke Pfizer kerana sebelum ini sudah banyak Sinovac diagihkan ke negeri.

"Untuk menggantikan baki populasi yang nak disuntik, kita akan bagi Pfizer di Kelantan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

"Kita telah buat tempahan Pfizer sebanyak 45.779 juta dos berbanding Sinovac yang ditempah 16 juta dos," ujar beliau menerusi sidang media pada Khamis petang.

Tambah Dr Adham Baba, ia bukan sahaja melibatkan Kelantan, malah negeri-negeri lain juga bakal menyusul tidak lama lagi.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Kelantan mengumumkan akan menghentikan pemberian vaksin Sinovac dan akan menggantikannya dengan Pfizer-BioNTech di semua Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di negeri itu pada akhir Julai.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, bekalan vaksin Sinovac akan dihentikan pada akhir bulan Julai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain