suria

Kes dera remaja OKU, permohonan reman pengasas rumah kebajikan ditolak

Seorang remaja OKU sindrom Down didakwa didera.

POLIS menahan pengasas sebuah rumah kebajikan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) sindrom Down didera.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek wanita berusia 29 tahun itu ditahan di kediamannya di Wangsa Maju pada pukul10.36 pagi Khamis.

"Kita telah membuat permohonan reman terhadap suspek, namun mahkamah tidak meluluskan permohonan tersebut pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Bella dipercayai jadi mangsa dera, JKM sita Rumah Bonda

"Bagaimanapun, kita akan merakamkan keterangan suspek sebelum membebaskannya dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Siasatan terhadap kes tersebut bermula pada 24 Jun lalu selepas polis Kuala Lumpur menerima laporan berhubung dakwaan penderaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, mangsa ditemui dengan kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain.

Beliau berkata, unit berkenaan turut didiami lebih enam kanak-kana. Bagaimanapun dilaporkan mereka tidak mengalami kecederaan

Abd Jalil berkata, satu lagi kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 5(2) Akta Pusat Asuhan 1953.

Kes tersebut mendapat perhatian berikutan rumah kebajikan itu dikaitkan dengan seorang aktivis sosial. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain