suria

PKPD di 8 daerah di Selangor akan berakhir malam ini - Ismail Sabri

Ismail Sabri (gambar fail) membuat pengumuman mengenai PKPD di Selangor. foto AZMAN GHANI/The Star

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di 34 mukim di lapan daerah di Selangor bakal berakhir pada Jumaat malam, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat telah mengkaji situasi semasa dan memutuskan PKPD tidak perlu dilanjutkan di Selangor.

Lapan daerah tersebut adalah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor.

Pada Khamis, Ismail Sabri mengumumkan PKPD di semua lokaliti di Kuala Lumpur akan berakhir pada Jumaat seperti yang dijadualkan. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain