suria

Khairy sahkan berlaku kes picagari kosong, jururawat mengaku cuai

Khairy (gambar fail) memberi penjelasan mengenai isu vaksinasi. foto GLENN GUAN/The Star

SEORANG jururawat mengaku berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan kes suntikan kosong tanpa vaksin, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata, sebanyak 13 laporan polis berhubung dengan vaksinasi dibuat oleh orang ramai.

Menurutnya, antara laporan polis berkenaan, terdapat kes suntikan kosong tanpa vaksin dan ketidakpastian petugas dalam pemberian vaksin.

"Bagi kes suntikan kosong tanpa vaksin, ia berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang mana jururawat mengaku telah berlaku kecuaian disebabkan keletihan yang dihadapinya," katanya pada sidang media mengenai perkembangan PICK pada Jumaat.

Turut serta, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Khairy berkata, surat amaran telah diberikan kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat disebabkan jururawat itu bertugas di kem tentera.

"Jururawat berkenaan juga akan melalui proses tatatertib di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, Khairy berkata, ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan sindiket penjualan janji temu vaksinasi.

"Ada kes yang disiasat terhadap penjualan vaksin tetapi polis telah maklumkan kepada saya bahawa setakat ini tiada kaitan dengan kes itu," katanya. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain