PERBALAHAN dan tuduh-menuduh melibatkan tiga personaliti iaitu Ebit Lew, Caprice dan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berhubung misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak sehingga ada di antara mereka dicaci dengan kata-kata kesat. Perbuatan itu tidak akan terhenti jika ketiga-tiga mereka terus menggunakan media sosial untuk menegakkan kebenaran masing-masing sehingga boleh menimbulkan fitnah yang mana perbuatan itu dilarang oleh Islam. Justeru, terdapat beberapa panduan yang dianjurkan oleh Islam agar pihak bertelagah meleraikan masalah yang timbul supaya perkara yang dibangkitkan itu dapat diselesaikan dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz pula tegur Caprice, Ebit Lew dan Nadir... minta selesai secara ‘offline’ - “Aku tak bijak agama, tapi Islam itu unite... bukan dalca” ARTIKEL BERKAITAN: “Wallahi... takkan la saya nak cium kaki orang” - Ebit Lew anggap Caprice melampau, fitnah hal akidah isu cium kaki menteri Palestin Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam mengajar umatnya supaya memperkukuh ukhuwah atau persaudaraan sekiranya terdapat perbezaan pandangan. Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata ukhuwah sesama Islam tidak wujud kecuali apabila pihak-pihak yang melakukan pertikaian. Ukhuwah juga meliputi tasamuh atau toleransi yang mengajar seseorang untuk saling memahami, menghargai, hormat-menghormati dalam perbezaan pendapat selagi ia tidak bercanggah dengan lingkaran nilai-nilai Islam. Jelasnya, ukhuwah sesama Islam tidak wujud kecuali apabila pihak-pihak yang melakukan pertikaian atau berbeza pendapat mahu tunduk kepada perkara yang ditetapkan oleh Allah SWT serta peraturan-peraturan Islam. Beliau berkata, setiap orang mukmin adalah bersaudara, di mana mereka perlu didamaikan sekiranya mempunyai perbalahan. “Dalam Islam juga menekankan Innama al mukminun, bererti sesungguhnya orang yang beriman hendaklah hentikan perbalahan. Kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu, antara dua kumpulan atau dua pihak. Dalam Islam tiada masalah sekiranya ada perselisihan pandangan, jika kamu berbalah hendaklah kamu kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. DATUK SERI ABDUL RAHMAN OSMAN MUFTI PAHANG “Apabila disebut Innam al mukminun, ia ditujukan kepada orang yang ada kekuatan iman. Jadi, ukhuwah adalah cerminan yang menjadi kayu ukur kualiti keimanan seseorang Muslim,” katanya seperti dihubungi mStar. Beliau mengulas konflik yang tercetus antara pendakwah bebas, Ebit Lew, penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berhubung misi kemanusiaan ke Gaza. Caprice dan Nadir membuat tuduhan kerana tidak berpuas hati mengenai cara Ebit dan rombongannya menyertai misi bantuan itu. Namun pada Khamis, Ebit dalam kenyataannya yang dibuat secara langsung menerusi media sosial menafikan tuduhan terhdapnya lalu mendedahkan sikap kurang baik Caprice dan Nadir. Dalam pada itu Mohamad Shukri berkata, semua pihak yang berbalah perlu mempunyai sikap kedewasaan seperti tasamuh dan berlapang dada, sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. “Maknanya sikap kedewasaan ini penting kerana perbalahan antara individu sama individu, kelompok sama kelompok dan semuanya tidak menguntungkan sesiapa bahkan merugikan Islam dan umat Islam,” katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Beliau menambah, fitnah memfitnah sudah menjadi lumrah kehidupan disebabkan wujudnya rasa dengki dan benci yang seterusnya menyebabkan syaitan dan iblis memainkan peranan untuk melaga-lagakan seseorang agar mereka sentiasa berada dlam kebencian dan permusuhan. "Jadi kalau untuk elakkan berlaku sebarang fitnah, sebab itu dalam kaedah Islam, dia panggil tabbayyun... perlu selidiki dan perhalusi. "Jika berita itu dibawa oleh orang fasik, perlu diselidiki dan halusi terlebih dahulu dan bukan terima bulat-bulat dan kalau kita difitnah, sikap tasamuh (saling menghormati) kita amalkan... kita mohon ampun dosa kita kepada Allah dan dosa orang yang memfitnah kita," katanya. Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, setiap manusia dijadikan mempunyai cara berfikir tersendiri dan tidak terlepas daripada berbalah. Mufti Pahang Abdul Rahman Osman turut mengulas kontroversi yang tercetus antara Ebit Lew, Caprice dan Nadir. Oleh sebab itu, Allah SWT telah menurunkan wahyu melalui al-Quran dan diterangkan dengan hadis Rasulullah SAW, di mana meskipun perselisihan faham terjadi tetapi penyelesaiannya tetap ada berpandukan al-Quran dan as Sunnah. “Sebenarnya sekiranya seseorang berilmu, dia tidak sampai kepada menjauhkan hubungan persaudaraan, kerana orang mukmin adalah bersaudara. “Sempurnanya seseorang Muslim bukan kerana dia bersembahyang dan berpuasa, tetapi antaranya adalah dia mengeratkan hubungan silaturahim dan itu adalah cara Islam sebenarnya,” katanya. Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa tetapi tidak perlu sehingga menjadikan sesuatu hubungan menjadi renggang atau tidak bersatu. Tambahan pula, tindakan sedemikian adalah dilarang oleh agama. “Walaupun Rasulullah SAW ada pandangannya, Baginda SAW juga terima pandangan daripada sahabat-sahabat. “Dalam Islam tiada masalah sekiranya ada perselisihan pandangan, jika kamu berbalah hendaklah kamu kembali kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW,” katanya. Beliau berkata, para ulama turut menyatakan perbezaan pendapat dan ia adalah salah satu daripada rahmat Allah SWT. Sebagai contoh, ketika meletakkan tangan selepas bertakbir menunaikan solat, ada yang meletakkannya di bawah atau di atas pusat dan ada yang terus menghulurkan tangan ke bawah. “Itu semua rahmat, kalau semuanya Rasulullah SAW letak satu cara, ia menyebabkannya menjadi wajib sedangkan bukan semua manusia mempunyai anggota badan sama, dan kadang kala cacat tak boleh buat (normal),” jelasnya. Tambah beliau, fitnah pula adalah sesuatu yang diharamkan agama dan setiap orang juga dilarang menghina sesuatu amal baik dilakukan seseorang. Katanya, apa tujuan untuk mengkritik dan memburukkan seseorang jika sesutau dilakukan itu perbuatan baik. "Kalau nak kritik seseorang untuk tujuan apa? Kita tak boleh burukkan seseorang dan fitnah dilarang. Dia pergi buat bantuan, adakah itu dilarang oleh agama? "Rasulullah suruh orang muslim selamat daripada lidah dan tangan. Agama Islam mengajar tak boleh kecilkan hati morang lain. Kalau tak suka, senyap je. Rasulullah menyebut kita jangan perkecil atau menghina sesuatu amal baik orang," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!