suria

“Syukur Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik” - Ahmad Zahid tak alami sebarang gejala, jalani kuarantin di rumah

Ahmad Zahid memuat naik hantaran memaklumkan perkembangan dirinya di Facebook. Foto: Bernama

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan dirinya tidak mengalami sebarang gejala walaupun disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah berkata dia tidak mengalami demam, batuk, atau gejala lain yang berkaitan dengan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 ahli Parlimen positif Covid-19, 4 lagi jadi kontak rapat

"Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

"Syukur Alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini.

"Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain. Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian," ujarnya ketika memaklumkan perkembangan terkininya di Facebook pada Ahad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ahmad Zahid juga menegaskan iltizamnya untuk rakyat dan negara tidak goyah walaupun sedang diuji dengan virus Covid-19 ketika ini.

"Saya akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada. Doakan saya untuk terus berjuang," ujarnya lagi.

Hanya dua hari sebelum Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada Isnin (26 Julai), beberapa kes Covid-19 dikesan dalam kalangan ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen.

Ini sekaligus menimbulkan persoalan sama ada persidangan akan diteruskan atau ditangguhkan, berikutan perkembangan terbaru ini.

Untuk rekod, ujian calitan Covid-19 diwajibkan terhadap mereka yang akan menghadiri persidangan termasuk ahli Parlimen setiap kali Dewan Rakyat bersidang, sejak wabak itu melanda negara tahun lalu. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain