POLIS mengeluarkan notis kompaun kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka di bangunan Parlimen, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ia susulan ciapan oleh seorang pengguna media sosial pada pagi Selasa yang memuat naik gambar Tajuddin melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup mukanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak pakai pelitup muka, Tajuddin dikompaun RM1,500 "Siasatan dilakukan dan mendapati Tajuddin menghadiri persidangan khas di Parlimen pada hari Isnin. "Pada hari yang sama, jam 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada hari Selasa. Eng Lai berkata, atas pelanggaran SOP tersebut, pihak polis mengeluarkan notis kompaun pada pukul 1.00 tengah hari, Selasa, terhadap Tajuddin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Tambahnya, nilai kompaun akan diputuskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. "Saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan fizikal ketika berada di tempat awam untuk mengekang penyebaran Covid-19," katanya. Ini merupakan kali kedua Tajuddin dikeluarkan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka. Bulan lalu, polis mengeluarkan kompaun bernilai RM1,500 terhadapnya kerana tidak memakai pelitup muka semasa sidang media selepas insiden pertembungan dua tren LRT. - THE STAR Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!