suria

Peserta demonstrasi mula berkumpul sertai himpunan #Lawan di KL

Peserta demonstrasi dilihat berkumpul berdekatan Stesen LRT Masjid Jamek dan Dataran Merdeka.

PESERTA demonstrasi mula berkumpul dipercayai untuk terlibat dalam perhimpunan #Lawan dekat Stesen LRT Masjid Jamek.

Sejumlah individu memakai baju warna hitam dan peserta demonstrasi membawa bendera hitam dilihat berdiri di luar stesen LRT di sepanjang Jalan Tun Perak, sekitar jam 10 pagi Sabtu.

Polis trafik dan anggota polis berpakaian biasa juga dilihat berada di lokasi kejadian.

Polis telah menutup beberapa jalan menghala Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak, dan dilaporkan polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bandar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata demikian terhadap mereka yang merancang untuk menyertai demonstrasi #Lawan yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, pada Sabtu.

Beliau memberi amaran bahawa mereka yang melanggar SOP bakal berdepan tindakan polis.

Azmi dipetik sebagai berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dan pemberitahuan dari mana-mana jawatankuasa penganjur berhubung perhimpunan itu.

Terkini, peserta demonstrasi mula begerak dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berikut

Artikel Lain