suria

Vaksinasi ‘walk-in’ di Lembah Klang mulai 2 Ogos

Vaksinasi secara 'walk-in' ini memberi keutamaan kepada individu berusia 40 tahun dan mempunyai sejarah penyakit komorbid terlebih dahulu. Gambar hiasan

BERMULA 2 Ogos, mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai sejarah penyakit komorbid boleh menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara 'walk in'.

Pemberian vaksin secara 'walk in' ini diperkenalkan di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke negeri lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu 60 tahun ke atas boleh ‘walk in’ untuk terima vaksin di PPV tak lama lagi

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemberian vaksin secara 'walk in' untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas pula akan dibuka pada 5 Ogos.

"Untuk mengelakkan berita palsu, tidak semua pusat vaksinasi (PPV) akan menerima orang ramai secara 'walk ini," kata Khairy pada sidang media pada Sabtu (31 Julai).

Tambahnya, senarai pusat vaksinasi yang dibuka untuk 'walk-in' akan dikeluarkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Khairy lagi, pemberian vaksin secara 'walk in' dilakukan berdasarkan konsep 'first-come-first-serve' yang akan bergantung pada kemampuan PPV yang berkenaan.

"Kami akan memaklumkan orang ramai mengenai kemampuan PPV pada hari yang berkenaan. Mereka yang tidak berpeluang mendapat vaksin pada hari itu, akan diberi keutamaan pada hari berikutnya,"katanya lagi. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

vaksinasi walk-in, PPV, Lembah Klang

Artikel Lain