suria

Pegawai timbalan menteri positif Covid-19, meninggal dunia pada Isnin

Jaimin bertugas untuk Gandee di parlimen pada 26 sehingga 29 Julai lalu. (Gambar Hiasan)

SABAN hari kita dikejutkan dengan berita pemergian rakyat negara ini yang tewas dalam perjuangan menentang wabak Covid-19.

Terbaharu, seorang pegawai yang bertugas di bawah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac), Datuk Guandee Kohoi turut meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan tangguh Sidang Khas Dewan Rakyat dibuat mengikut data sains dan kesihatan - TPMKeputusan tangguh Sidang Khas Dewan Rakyat dibuat mengikut data sains dan kesihatan - TPM

Memetik laporan Malaysia Kini, Datuk Jaimin Samitah yang juga pegawai tugas-tugas khas kepada senator berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang di Kuala Lumpur pada Isnin.

Perkara itu disahkan oleh setiausaha sulit timbalan menteri berkenaan, Ardino Diris.

Jelas Ardino, Jaimin bertugas untuk Gandee di parlimen pada 26 sehingga 29 Julai lalu.

Dia yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin pada mulanya diuji negatif apabila Dewan Rakyat ditangguhkan pada 29 Julai namun mula mengalami gejala dan disahkan positif Covid-19 empat hari kemudian.

"Pada 29 Julai dia (Jaimin) diuji negatif. Kemudian pada 30 Julai dia pergi ke Motac di Putrajaya seperti biasa tetapi merasa tak sihat. Dia kata dia mahu pulang dan berehat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pada 31 Julai dia mengatakan berasa tidak sedap badan dan menjalani ujian swab RT-PCR. Pada 2 Ogos dia disahkan positif," jelas Ardino.

Dia mengesyaki Jaimin dijangkiti virus itu semasa bertugas di parlimen tetapi tidak jelas apakah pegawai berkenaan adalah dari kluster Covid-19 parlimen.

Untuk rekod, sebanyak 88 kes dikaitkan dengan kluster tersebut setakat 8 Ogos.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain