MALAYSIA sekali lagi memecah rekod harian Covid-19 apabila sebanyak 21,668 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Kes baharu ini menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 1,342,215 kes. Selangor masih kekal mencatatkan jumlah pecahan tertinggi dengan 6,278 kes diikuti dengan Kuala Lumpur (2,436 kes). Kedah menyusul dengan jumlah ketiga tertinggi dengan jumlah rekod sebanyak 2,143 kes disusuli Sabah dengan 2,052 kes. Sarawak dan Pulau Pinang juga mencatatkan angka empat digit dengan masing-masing 1,216 kes dan 1,229 kes. Negeri Sembilan merekodkan 899 kes diikut Kelantan (972), Perak (930), Melaka(494), Pahang (629) dan Terengganu (594). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Hanya Labuan, Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua digit dengan masing masing 11, 23 dan 56 kes. Bagi kes kematian, sebanyak 318 korban wabak itu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan angka keseluruhan kematian menjadi 11,691. Jumlah kes aktif pula direkodkan sebanyak 237,021 kes dengan 1,059 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 543 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Seramai 17,687 pesakit sembuh daripada Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,093,503. Semalam, kes jangkitan Covid-19 kembali melebihi angka 20,000 selepas mencatatkan penurunan untuk beberapa hari sebelumnya. Sebelum ini Malaysia mencatatkan rekod positif tertinggi sebanyak 20,889 kes pada 6 Ogos lalu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!