VIDEO yang memaparkan suasana sesak dengan kebanjiran orang ramai tanpa sebarang penjarakkan sosial di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu mencetuskan kebimbangan ramai. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kebanjiran orang ramai di lokasi berkenaan bukan kerana menghadiri program vaksinasi sebaliknya ia adalah Program Bantuan Prihatin di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan yang menguruskan Rumah Prihatin. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) juga menjelaskan pihak mereka tidak terlibat menguruskan kehadiran orang ramai di hotel berkenaan. Semakan yang dilakukan dengan pihak Miti dan Mosti mendapati tiada sebarang program vaksinasi untuk pekerja asing di hotel tersebut. "Tidak ada kaitan dengan Miti," kata seorang pegawai Miti ketika dihubungi. "Ia adalah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan untuk program Bantuan Prihatin, bukan Mosti," jelas seorang pegawai lain dari Mosti. Terdahulu, video yang memaparkan orang ramai membanjiri sebuah hotel di ibu negara dan beratur tanpa sebarang penjarakkkan sosial tular di media sosial. Menerusi video tersebut, kelihatan seorang penunggang motosikal meminta polis yang bertugas dan pihak berkuasa agar mengawal situasi yang kecoh itu. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI