suria

11 lagi kit ujian kendiri Covid-19 diluluskan, kata Dr Adham Baba

SEBANYAK 11 lagi kit ujian Covid-19 diluluskan KKM menerusi MDA. — BERNAMA.

SEBANYAK 11 kit ujian kendiri Covid-19 telah diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), setakat 12 Ogos.

Dalam sidang media hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tujuh daripada kit berkenaan menggunakan sampel air liur, sementara empat lagi menggunakan calitan hidung.

Beliau berkata, penggunaan kit itu boleh dilakukan sendiri oleh semua individu tanpa mengira sama ada individu berkenaan mempunyai gejala ataupun tidak bergejala.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Angka kes harian terus melebihi 21,000 kes, 227 kematian direkodkan hari ini

“Semua keputusan ujian kit kendiri Covid-19 perlu dilaporkan secara self-reporting menggunakan aplikasi MySejahtera. Ini akan membolehkan tindakan dan pemantauan sewajarnya dapat dilakukan oleh pihak KKM.

"Seterusnya kit ujian itu juga digunakan untuk membantu KKM dalam mengenal pasti kes positif, negatif atau yang perlu ulang ujian RT PCR,” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dr Adham berkata, kit ujian tersebut antaranya BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid), ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid); dan JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid).

Selain itu, katanya, Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test; Gmate COVID-19 Ag Saliva; Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography); Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay; Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing); STANDARD Q COVID-19 Ag Saliva Home Test; ProDetect ™ COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva); serta NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

KKM, kit ujian, Covid-19

Artikel Lain