suria

Kenderaan menteri keluar masuk kediaman PM, apa sedang berlaku?

Kenderaan dipercayai milik Datuk Seri Rina Mohd Harun memasuki kediaman Muhyiddin pada jam 4.46 petang. Foto: Sinar Harian.

SITUASI semasa politik negara ternyata menjadi teki-teki dan menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat.

Terbaharu, kenderaan dipercayai milik menteri dilihat keluar masuk dari kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Covid-19 menurun hari ini, catat 20,670 kes

Antara kenderaan yang dilihat memasuki kediaman tersebut adalah milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada jam 4.46 petang dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada jam 3.30 petang.

Sementara itu, kenderaan dipercayai milik Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat keluar pada jam 5.17 petang tadi. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain