suria

Dijangkiti Covid-19... jururawat mengandung anak sulung meninggal dunia, bayi pramatang dikeluarkan

Gambar hiasan. Faizah (gambar kecil) menanti kelahiran anak sulungnya sejak 10 tahun lalu.

SEORANG jururawat dipercayai meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai pada Sabtu.

Difahamkan, wanita berkenaan dijangkiti Covid-19 tahap empat dan terpaksa melahirkan zuriatnya itu menerusi pembedahan ketika kandungannya berusia 26 minggu dalam keadaan pramatang.

Jururawat berkenaan Norfaizah Mohamed Nor, 34, yang sedang menanti kelahiran anak sulungnya sejak 10 tahun meninggal dunia pada jam 3.02 pagi.

Bayi wanita itu ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kematian jururawat berkenaan.

"Ya betul, dia (jururawat) itu meninggal dunia tetapi sama ada disebabkan Covid-19 atau bukan, kami perlu siasat dahulu," katanya.

Norfaizah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai, pada Sabtu dipercayai akibat serangan Covid-19. -SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain