suria

Segalanya bakal terjawab esok... Muhyiddin dijangka persembah surat peletakan jawatan PM di Istana Negara

Satu pengumuman dijangka dibuat pada esok.

KEMELUT politik negara sehingga kini terus menjadi teka-teki, namun satu pengumuman dijangka dibuat pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memohon orang ramai menunggu sehingga pengumuman itu dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin bakal menghadap Agong, dijangka lepaskan jawatan PM

"InsyaAllah akan ada pengumuman, apa-apa pun kita tunggu esok," ujarnya.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohd Redzuan memaklumkan Mesyuarat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Publika hari ini membincangkan hala tuju sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya pada esok.

“Jadinya kita nampak ada golongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan rakyat digadaikan.

“Sepatutnya, kita membincangkan usaha yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN), tetapi kita akur kepada Perlembagaan sekiranya tarik sokongan atas dasar peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat.

“Maka kita akan uruskan dengan cara terbaik,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, sekarang ini terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memastikan negara terus distrategikan dengan kepimpinan yang boleh memberi kesejahteraan rakyat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain