suria

PM tiba di Istana Negara, menghadap Agong

Kenderaan membawa Muhyiddin tiba di Istana Negara kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

KENDERAAN membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Istana Negara, kira-kira pukul 12.25 tengah hari, Isnin.

Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 12.30 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: PM adakan mesyuarat khas Kabinet, sempat melambai ketika tiba di Perdana Putra

Terdahulu, Muhyiddin pada sebelah pagi berada di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk mesyuarat khas bersama Kabinetnya.

Selain Muhyiddin, dua kenderaan yang salah satunya dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 1 pada pukul 10.48.

Selain itu, kenderaan membawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia turut tiba ke lokasi itu pada pukul 10.50 pagi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pula dilihat tiba ke Pintu 1 Istana Negara pada 11.17 pagi ini.

Setelah berada di Istana Negara selama kira-kira 30 minit, Muhyiddin dilihat keluar pada pukul 1.02 petang.

Untuk perkembangan lebih dekat mengenai situasi di Istana Negara, anda juga boleh mengikuti siaran secara langsung (live) menerusi Facebook rasmi mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain