suria

PM adakan mesyuarat khas Kabinet, sempat melambai ketika tiba di Perdana Putra

Muhyidin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11.30 pagi. Foto: BERNAMA.

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu Kabinetnya untuk kali terakhir sebelum pengundurannya yang dijangka dibuat pada hari ini.

Muhyiddin dilihat tiba di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 8.07 pagi, Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Segalanya bakal terjawab esok... Muhyiddin dijangka persembah surat peletakan jawatan PM di Istana Negara

Beliau turut kelihatan melambai ketika kenderaannya memasuki perkarangan Perdana Putra.

Sebelum mesyuarat khas Kabinet pada pukul 10 pagi, Muhyiddin dijangka bertemu dengan pegawai tinggi kerajaan termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohammad Zuki Ali.

Beliau kemudian akan bertemu dengan anggota Kabinetnya, sebelum menuju ke Istana Negara.

Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11.30 pagi. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain