suria

3 maut tragedi kepala air Gunung Jerai

Muhammad Sanusi (tengah) meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa di kaki Gunung Jerai, Khamis. foto Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA).

TRAGEDI kepala air di puncak Gunung Jerai di , Kedah pada Rabu, mengorbankan tiga orang.

Sementara itu, tiga lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian itu.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan setakat pukul 1 pagi, tiga mangsa terkorban di tiga lokasi berbeza dan tiga mangsa lagi di kawasan Titi Hayun dikhuatiri masih hilang.

Menurutnya, setakat ini, identiti salah seorang mangsa yang terkorban di kawasan tanah runtuh Gunung Jerai dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, 53.

"Mayat mangsa telah diturunkan dan operasi mencari tiga mangsa hilang disambung pada pagi Khamis," katanya awal pagi Khamis. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain