suria

Tiada lagi had 10km! Individu lengkap divaksin di negeri Fasa 1 boleh naik kenderaan ikut kapasiti penuh

Tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi sesiapa yang sudah menerima vaksin lengkap di negeri Fasa 1 PPN.

INDIVIDU dalam negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah lengkap divaksin boleh menaiki kenderaan dengan kapsiti penuh bermula Jumaat, 20 Ogos.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perincian prosedur operasi standard (SOP) baharu oleh Majlis Keselamatan Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh 'dine-in' di negeri Fasa 1 PPN mulai esok

Kini, tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi sesiapa yang sudah menerima vaksin lengkap.

Sebaliknya, ketetapan itu berubah mengikut kapasiti penuh sesebuah kenderaan.

Perincian terbaharu itu juga tidak menyebut mengenai had perjalanan 10 kilometer (km), namun mereka haruslah berada dalam daerah yang sama.

Bagaimanapun, perjalanan rentas daerah dan negeri masih belum dibenarkan.

Untuk rekod, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya masih lagi berada dalam Fasa 1 PPN.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain