suria

Polis sudah ambil keterangan saksi, teruskan siasatan kes libatkan Ebit Lew

Kenyataan Ebit Lew telah dirakam pada Khamis lalu.- fotoBERNAMA

POLIS telah mengambil keterangan mangsa berkaitan siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah Ebit Lew.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih diteruskan dan polis masih menunggu saksi lain untuk tampil membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah terkenal tiba di Bukit Aman

ARTIKEL BERKAITAN: Chat tak berbalas... Interpol diminta bantu kesan Caprice, Nadir

"Kami telah mengambil keterangan mangsa dalam kes itu tetapi tidak dapat mendedahkan identitinya.

"Kami masih menunggu saksi-saksi lain berkaitan kes ini untuk tampil," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Khamis, polis mengesahkan bahawa mereka merakam kenyataan Ebit untuk membantu siasatan kes gangguan seksual.

Bertindak atas laporan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kami akan meneruskan siasatan dan merujuk perkara ini kepada Peguam Negara setelah selesai," katanya. -THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain