suria

Pasangan tular buat ‘eksperimen sosial’ sudah ditahan polis

Pemilik akaun Facebook Mujaheeda Soleha yang memuat naik kenyataan berkisarkan tentang ekperimen sosial bersama suami, sudah ditahan polis.

PASANGAN suami isteri yang tular gara-gara melakukan 'eksperimen sosial' masuk ke beberapa kedai dan makan di kedai (dine in) tanpa melengkapkan dua dos vaksin, sudah ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pasangan berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bandar Putera 2, Klang, pukul 5 petang Isnin.

Katanya, penahanan tersebut dibuat susulan aduan awam berhubung penularan medium media sosial pemilik akaun Facebook Mujaheeda Soleha yang memuat naik kenyataan berkisarkan tentang ekperimen sosial mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa kata tanpa dua dos tak boleh dine in” - Suami isteri anti vaksin dikecam... bangga berjaya bawa anak makan di kedai, anggap ‘Allah bagi mudah’

"Kes disiasat mengikut Seksyen 269, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, Shamsul Amar menegaskan orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Pada Isnin, tular perkongsian seorang wanita di laman sosial Facebook tentang 'eksperimen sosial' yang dilakukan bersama suami dan anaknya walaupun tidak melengkapkan dua dos vaksin.

Menurut wanita tersebut, dia juga berjaya memasuki beberapa pasar raya dan restoran tanpa pemeriksaan status vaksin oleh pihak premis yang berkenaan.

Perkongsian tersebut mengundang kecaman hebat di media sosial di mana netizen mengganggap tindakan pasangan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain