SEBANYAK 19,286 kes baharu wabak Covid-19 direkodkan dalam negara pada Isnin,Ia menjadikan keseluruhan 1,725,357 kes setakat ini.Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan angka 3,567 diikuti Sabah, 2,310 dan Johor 2,265.Manakala Kedah pula menjadi negeri keempat tertinggi dengan 2,084 kes, diikuti Sarawak (2,028), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308), Perak (1,144), Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544) dan Melaka (395).Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 351 kes, disusuli Perlis, 71, Putrajaya. 41 dan Labuan, 2.Buat pertama kalinya, Selangor melaporkan kes baharu di bawah 4,000 sejak 7 Julai 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI