BERITA baik untuk semua pelajar warganegara di Universiti Awam (UA) bagi semester satu sesi 2021/2022, apabila mereka akan diberikan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Noraini berkata, ia dilakukan atas dasar keprihatinan dan kecaknaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terhadap bebanan keluarga dan pelajar. ARTIKEL BERKAITAN: Kemasukan IPT secara fizikal bermula 15 Oktober, ini 7 perkara yang pelajar perlu tahu sebelum pulang ke kampus "Ia bakal dimanfaatkan seramai 555,340 pelajar dengan nilai keseluruhan RM175 juta. "Di bawah inisiatif #KPTPRIHATIN dan selaras dengan prinsip Keluarga Malaysia, program berkaitan kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseling seperti Tele-Kaunseling dan Pengurusan Kesihatan Mental Diri turut disediakan," katanya pada sidang media Pengumuman Pengoperasian IPT yang diadakan secara maya, Selasa. Pada sidang media sama, Noraini mengumumkan kemasukan semula pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) secara fizikal dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober ini. Beliau berkata, pelaksanaan itu melibatkan mereka yang telah lengkap divaksin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI