suria

Gim sudah boleh beroperasi di negeri Fasa 2 dan 3 PPN

PENGENDALI gimnasium masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. — Agensi

GIMNASIUM di negeri-negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Nasional (PPN) akan dibenarkan beroperasi bermula Jumaat.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker, hanya mereka yang menerima vaksinasi lengkap sahaja dibenarkan memasuki gimnasium.

Tambah beliau, gimnasium dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada seperti menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, membasuh tangan serta peralatan.

"Pengendali gimnasium perlu menerima vaksinasi lengkap untuk membuka premis mereka," katanya dalam satu sidang media pada Khamis.

Ujar Lian Ker, aktiviti sukan secara tertutup dan terbuka juga dibenarkan untuk beropeasi.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar membenarkan pembukaan semula gimnasium serta fasiliti sukan.

Lian Ker berkata, beberapa SOP tambahan untuk pengendali gimnasium dan fasiliti sukan akan dikeluarkan kelak.

"Terdapat kebimbangan awal oleh Kementerian Kesihatan tentang isu pengudaraan tetapi sudah diselesaikan," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
gimnasium, PPN, Covid-19, SOP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain