suria

Pelancong digesa pra-tempah tiket feri, elak kesesakan di jeti ke Pulau Pangkor

Perak sedang menunggu lampu hijau untuk membuka semula pulau itu kepada seluruh pelancong domestik tidak lama lagi. Foto: RONNIE CHIN/The Star.

PARA pelancong yang mahu ke Pulau Pangkor digesa melakukan pra-tempah tiket untuk mengelakkan kesesakan di jeti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, pembelian secara walk-in kurang digalakkan dalam tempoh sebegini.

"Kami mahu mengelakkan sebarang kesesakan di jeti yang agak kecil.

"Pembeli tiket akan diberi masa dan tarikh yang telah ditempah terlebih dahulu untuk melakukan perjalanan.

"Waktu menunggu juga dapat dikurangkan kerana orang akan tahu pukul berapa mereka harus tiba dan bukannya menunggu (di jeti)," katanya dalam sidang media pada Khamis.

Tambahnya, Perak juga merancang untuk menghadkan jumlah pelancong yang dibenarkan pergi ke Pulau Pangkor.

Malah, pihaknya akan meneliti masalah lain yang berkaitan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya lagi, sekretariat juga akan bekerjasama rapat dengan sebuah jawatankuasa tertentu, yang terdiri daripada pemain industri, pengusaha jeti dan pihak berkuasa tempatan untuk melihat masalah keseskan dan memeriksa sijil vaksinasi digital di jeti.

kata Nolee Ashilin lagi, perjalanan dalam negeri itu sudah terbuka dan sebilangan pemain industri pelancongan di pulau itu juga sudah beroperasi.

Kini, negeri itu sedang menunggu lampu hijau daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan SOP dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuka semula pulau itu kepada seluruh pelancong domestik pada bulan November.

"Kami akan melihat model gelembung perjalanan Langkawi. Jika itu berhasil, model yang sama dapat digunakan di Pangkor," katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain