MESYUARAT Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor. Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan pada Rabu petang termasuklah kelonggaran sektor sosial, pendidikan, dan rekreasi. Berikut merupakan senarai kelonggaran SOP yang diumumkan: 1. Kelonggaran baharu bagi sektor sosial/pendidikan di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) - Pengoperasian Institut Latihan Sektor Pengangkutan Udara dan Darat dibenarkan 2. Kelonggaran baharu bagi sektor sosial/pendidikan di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 PPN - Tabika, Taska, Tadika, Pusat Jagaan Harian Serta Pusat Perkembangan Minda dibenarkan beroperasi bagi anak-anak yang ibu bapanya bekerja. Operator dan pekerja di pusat–pusat ini perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi. 3. Kelonggaran baharu bagi sektor rekreasi di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 PPN - Kebenaran aktiviti kolam memancing dalam tempoh PPN dengan mematuhi syarat vaksinasi lengkap berdasarkan ketetapan berikut: Fasa 1: 6.00 pagi – 8.00 malam di daerah yang sama Fasa 2: 6.00 pagi – 10 malam di negeri yang sama. 4. Kelonggaran baharu bagi sektor sosial di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 PPN - Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) dibenarkan kepada tempahan, sanitasi, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi. - Aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal (seperti bola sepak, bola tampar, takraw dan lain-lain) dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan tersebut terhad bagi individu yang telah lengkap vaksin sahaja dan dilakukan di premis yang mempunyai kawalan penyeliaan sepenuhnya. - Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan/premis yang sama dengan mematuhi 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 50 orang (mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin, dengan seliaan jurulatih/instruktur dibenarkan. 5. Kelonggaran baharu bagi sektor sosial di setiap Fasa PPN - Aktiviti ziarah kubur Islam dibenarkan dengan mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri. Aktiviti ziarah kubur selain Islam juga dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN). - Kapal Persiaran dibenarkan dibuka dengan 50 peratus kapasiti – semua anak kapal dan penumpang mesti lengkap divaksin. Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan beberapa kelonggaran bagi sektor pekerjaan/ekonomi berkuatkuasa 17 September 2021. 6. Kelonggaran baharu bagi sektor pekerjaan/ekonomi di negeri Fasa 1 PPN - Pembekalan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pergerakan dari tenemen mineral kuari atau tapak pengorekan ke premis atau tapak projek pembinaan infrastruktur awam yang utama dan kerja-kerja pembinaan bangunan serta premis industri/perkhidmatan perlu yang dibenarkan. - Penjagaan dan penyelenggaraan di atas tenemen mineral, kuari dan tapak pengorekan serta di premis Lesen Mineral dan Lesen Memproses Mineral dibenarkan bagi tujuan keselamatan (safety and security) untuk mengelakkan risiko kemalangan. - Pengoperasian tenemen, mineral dan tapak pengorekan bagi tujuan penghasilan mineral dan bahan batuan termasuk pasir dibenarkan - Pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk pasir sungai ke luar negara dibenarkan - Perladangan berasaskan kayu dibenarkan - Jenis perniagaan berikut dibenarkan kembali beroperasi dengan syarat vaksin yang telah ditetapkan. a. Kedai barang fotografi/ perkhidmatan fotografi; b. Kedai barangan terpakai; c. Kedai bunga/ nurseri; d. Kedai kraftangan dan cenderahati; e. Kedai antik; f. Kedai alat permainan; g. Kedai permaidani; h. Kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif; i. Kedai outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain); j. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi; k. Kedai tembakau (termasuk vape/ rokok elektronik). 7. Kelonggaran baharu bagi sektor pekerjaan/ekonomi di negeri Fasa 2 PPN sahaja- Semua pejabat swasta dibenarkan beroperasi seperti berikut: a. Kapasiti 60 peratus pekerja sekiranya 40 peratus pekerja telah lengkap vaksin b. Kapasiti 80 peratus pekerja sekiranya 60 peratus pekerja telah lengkap vaksin c. Kapasiti 100 peratus pekerja sekiranya 80 peratus pekerja telah lengkap vaksin - Kenderaan pekerja dengan penumpang lengkap vaksin dibenarkan dengan 100 peratus kapasiti kenderaan - Kilang Perabot dibenarkan beroperasi 8. Kelonggaran baharu bagi sektor pekerjaan/ekonomi di negeri Fasa 2 dan 3 PPN - Aktiviti-aktiviti Sektor Pengurusan Perhutanan dibenarkan, merangkumi Pengusahasilan Hutan (Pembalakan); Pengusahasilan Hutan (Hasil hutan bukan kayu); Perladangan hutan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK); dan Pembangunan hutan (di bawah Projek Pembangunan Hutan RMKe-12) 9. Kelonggaran baharu bagi sektor pekerjaan/ekonomi di Fasa 2,3,4 PPN - Mesyuarat sahaja secara bersemuka dibenarkankepada individu yang telah lengkap vaksin. Dalam kenyataan sama, Ismail Sabri turut mengumumkan negeri Terengganu peralihan ke Fasa 3 bagi negeri Terengganu berkuat kuasa 17 September 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI