suria

Lebih 2,500 guru enggan terima vaksin, KPM akan ambil tindakan

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan KPM sedang meneliti tindakan yang akan diambil ke atas golongan itu.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan ke atas lebih 2,500 guru yang memilih untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata kementeriannya bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sedang meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap golongan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin pelajar dibuat berperingkat, seiring tarikh pembukaan sekolah - KJ

"Tindakan yang kita lihat adalah dalam konteks prosedur dan undang-undang perkhidmatan awam.

"Mereka tidak akan dibenarkan mengajar di dalam kelas secara langsung dan juga akan diasingkan daripada guru lain ketika mereka melaporkan diri ke sekolah," katanya kepada wartawan dalam sidang media bersama dengan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada hari Rabu.

Tambah beliau, jumlah 2,500 guru sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan hampir 500,000 guru lain di seluruh negara namun keselamatan pelajar menjadi keutamaan.

"Keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan kami. Kami sedang mengkaji tindakan terbaik mengenai perkara ini," katanya lagi. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain