GIM kini dibenarkan beroperasi, umum Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Faizal Azumu."Tolong patuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya berkaitan pengudaraan. Nikmati gaya hidup sihat," ujarnya menerusi satu tweet pada Jumaat malam.Tweet tersebut turut dimuat naik bersama paparan visual SOP berkaitan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).Berdasarkan paparan SOP tersebut, gim dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi sehingga 10 malam, dengan kapasiti 50 peratus pengunjung.Selain itu, 60 peratus pekerja dibenarkan berada di premis tersebut pada satu-satu masa, khusus untuk pengurusan dan operasi sahaja.Dalam pada itu, Faizal turut menzahirkan ucapan terima kasih menerusi Twitter buat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kebenaran yang diberikan itu.Beliau turut berkongsi tweet dan mengucapkan terima kasih buat Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI