BAPA kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meninggal dunia pada petang Selasa. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Shari Mokhsin, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pernafasan pada usia 67 tahun. "Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian pada pagi Rabu. "Marilah bersama-sama kita doakan agar urusan terakhir Allahyarham dipermudahkan, moga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan diterima segala amal kebaikannya," katanya. — Sinar Harian[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]