suria

Melaka, Pulau Tioman, Genting Highlands bakal dibuka bagi pelaksanaan gelembung pelancongan negara

Pulau Tioman menjadi salah satu destinasi baharu yang bakal dibuka kepada pelancong.

SELEPAS Pulau Langkawi, tiga lagi lokasi baharu iaitu Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highlands bakal menjadi destinasi baharu bagi pelaksanaan gelembung pelancongan negara.

Menurut Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri, perkara itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 berhubung prosedur operasi Standard (SOP) pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi kedai runcit, restoran, stesen minyak sehingga 12 tengah malam

Ujarnya, perkara itu bagaimanakan akan dibawa untuk diteliti Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Rabu (esok) sebelum diputuskan.

Tambah Nancy, jika syor berkenaan diluluskan, kebenaran tersebut akan berkuat kuasa bermula 1 Oktober 2021.

"Kita telah beri masa dua minggu untuk destinasi ini dibuka semula. Sekiranya syor berkenaan diluluskan, kebenaran hanya berkuat kuasa bermula 1 Oktober.

"Lokasi-lokasi ini bukan eksklusif sebaliknya kita akan perhalusi lagi destinasi lain bukan setakat di kepulauan sahaja tetapi untuk kawasan tanah besar," katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.

Nancy menambah, SOP yang bakal dilaksanakan khususnya bagi destinasi Melaka telah diperhalusi kerana membabitkan kawasan yang luas. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain