KHABAR gembira yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia mungkin diumumkan tidak lama lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan bayangan mengenai kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan tidak lama lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan setuju benar rentas negeri, tapi tunggu ‘sikit lagi’... sehingga kadar vaksinasi dewasa capai 90 peratus Jika benar, khabar itu pastinya membuatkan kebanyakan rakyat negara ini yang sudah lama tidak pulang ke kampung bersua muka dengan ahli keluarga menarik nafas lega. Menurut Ismail Sabri, sasaran 90 peratus vaksinasi menjadi ukuran sebelum membenarkan pergerakan antara negeri tidak lama lagi. "Jumlah 81 peratus sudah dicapai pada Rabu lepas dan saya sudah umumkan ini yang ditunggu-tunggu rentas negeri apabila mencapai 90 peratus penduduk yang divaksin. “Kalau Rabu dah 81 peratus, maknanya dah tak lama dah tu nak rentas negeri. Jadi bolehlah balik kampung, jumpa ibu bapa, saya difahamkan sudah setahun tak berpeluang untuk jumpa ibu bapa. “InsyaAllah sabar dulu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” ujar Ismail Sabri. Beliau berkata demikian ketika ketika berucap dalam majlis pelancaran Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Putrajaya pada Jumaat petang. Untuk rekod, Ismail Sabri pada Rabu lalu berkata kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri, namun ia hanya akan berkuatkuasa apabila kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut beliau, perkara itu merupakan antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI