suria

Ibu sumpah laknat, dakwa anak kemurungan akibat gangguan seksual pendakwah terkenal

Video berdurasi 49 saat tu dimuat naik oleh Firdaus ke dalam saluran Telegramnya

SEORANG wanita tampil membuat sumpah laknat dengan dakwaan anaknya kemurungan setelah menerima mesej dan panggilan video lucah daripada seorang pendakwah terkenal.

Video sumpah laknat berdurasi 49 saat itu dimuat naik oleh Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam akaun telegram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Screenshot sembang lucah, panggilan video aksi tak sopan tersebar... sekali lagi Ebit Lew dikaitkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Video tersebar... benarkah ada usaha jatuhkan Ebit Lew?

Menerusi video itu, wanita berkenaan bersumpah dengan nama Alllah bahawa anak perempuannya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri selepas diganggu pendakwah terkenal terbabit.

Menurut Firdaus, wanita tersebut membenarkannya untuk memuat naik video itu bagi tujuan menggalakkan mangsa-mangsa lain pendakwah terbabit supaya tampil membuat laporan polis.

"Ibu mangsa mengizinkan saya untuk berkongsikan pula video mubahalah (sumpah laknat) dia yang bersumpah dengan nama Allah bahawa anaknya menerima mesej dan panggilan video lucah daripada pendakwah berkenaan.

"Mereka mengizinkan kerana mereka mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat yang perkara itu memang berlaku.

"Mereka juga mahu menggalakkan lebih ramai untuk menyokong ahli keluarga mereka yang mungkin pernah menjadi mangsa gangguan seksual agar berani tampil membuat laporan polis," tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain