MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata, empat peratus lagi diperlukan untuk mencapai kadar vaksinasi dewasa sebanyak 90 peratus,bagi menarik semula larangan rentas negeri. Beliau berkata, sebanyak 86 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksin. Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya bertanggungjawan dengan melakukan kawalan kendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan setuju benar rentas negeri, tapi tunggu 'sikit lagi'... sehingga kadar vaksinasi dewasa capai 90 peratus "Empat peratus lagi untuk kita tarik semula larangan rentas negeri. Dengan mobiliti lebih hebat, akan lebih banyak aktiviti berkumpulan. "Kita perlu bertanggungjawab atas tindakan masing-masing. "Jika anda mengalami gejala (Covid-19), dapatkan kit ujian dan lakukan saringan. Jika positif, segera asingkan diri anda," kata Khairy menerusi ciapan di laman Twitter, pada Sabtu. Kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri, namun ia hanya akan berkuatkuasa apabila kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI