suria

Ustaz Kazim sakit, terkena buatan orang?

Ustaz Kazim menunjukkan penemuan kotak berisi abu dan gambarnya yang dibakar.

PENDAKWAH terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias dilaporkan sakit ketika ini, dipercayai terkena buatan orang.

Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Ustaz Kazim akibat terkena sihir.

Abang beliau, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, Mohd Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menderita bengkak kaki sejak dua minggu lalu hingga menyukarkannya untuk berjalan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ingatkan tali apa melenggok-lenggok depan cermin" - Ustaz Kazim cemas ular 'tumpang'

ARTIKEL BERKAITAN: Agak lemah, berat badan Ustaz Kazim susut tapi punca penyakit masih belum diketahui - Abang

Menurutnya, pakar perubatan yang ditemui bagi tujuan rawatan tidak dapat mengesan punca penyakit terbabit.

"Ketika saya datang menziarahi Khamis lepas, beliau (Uztaz Kazim) telah menunjukkan beberapa keping gambar yang sepertinya ada unsur-unsur mistik ditemui di jalan yang menjadi kebiasaannya lalu di situ.

"Maka kami tidak menolak kemungkinan unsur (mistik) itu ada berdasarkan keadaan beliau, kami telah melakukan usaha cara perubatan Islam untuk merawatinya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika ini adalah stabil, tetapi masih memerlukan rawatan susulan di hospital.

Katanya, orang ramai diharap terus mendoakan kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan dijauhi daripada perkara-perkara tidak diingini. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain