MALAYSIA merekodkan jumlah kelahiran bayi lebih rendah tahun lepas dikala negara mencatat dengan kadar kesuburan terendah sejak empat dekad. ARTIKEL BERKAITAN: Salah guna emel KPM, mengorat pelajar perempuan... beberapa guru kongsi pengalaman diganggu Zoom Raiders - “Saya panik terus off kelas" Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kadar kesuburan negara dalam kalangan wanita subur jatuh kepada 1.7 orang bayi tahun lepas berbanding 1.8 orang bayi untuk setiap wanita, pada tahun sebelumnya. "Kadar Kesuburan pada tahun 2020 adalah yang paling rendah dalam empat dekat. Pada tahun 1970, kadarnya adalah 4.9 orang kanak-kanak untuk setiap wanita. "Tapi sejak 2013, kadar kesuburan negara berada dibawah paras Replacement level yang ditetapkan Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu 2.1 bayi," katanya dalam satu kenyataan pada hari Khamis. Replacement level merupakan kadar kesuburan yang ditetapkan untuk memastikan kestabilan populasi dari satu generasi ke generasi lain. Menurut Uzir, penurunan kadar kesuburan berlaku dalam kalangan ketiga-tiga etnik terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. "Kadar Kesuburan masyarakat bumiputera menurun dari 2.6 bayi kepada 2.2 bayi. Untuk masyarakat Cina, ia jatuh dari 1.5 bayi kepada 1.0 bayi dan bagi masyarakat India 1.7 bayi kepada 1.2 bayi pada tahun 2020. "Kadar kesuburan masyarakat Cina dan India jatuh dibawah paras Replacement level sejak tahun 2003 dan 2005." katanya. Tiga negeri dan wilayah persekutuan yang mempunyai tahap kesuburan paling tinggi adalah Terengganu (2.9), Putrajaya (2.8) dan Kelantan (2.7). Hanya tiga negeri dan wilayah tersebut yang mempunyai kadar kesuburan melebihi kadar replacement level yang ditetapkan. Sementara itu Dr Mohd Uzir berkata Malaysia mencatatkan 470,195 kelahiran pada tahun 2020, terendah sejak satu abad. Jumlah kelahiran menurun 3.6 peratus berbanding 487,957 kes pada thun 2019. Penurunan jumlah kelahiran dikaitkan dengan peningkatan tahap pendidikan golongan wanita, pembabitan mereka dalam industri tenaga kerja, urbanisasi, status ekonomi dan lain-lain. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI