suria

Tetak ibu bapa hingga maut, penganggur berdepan hukuman mati

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lipis pada Khamis atas dua pertuduhan membunuh ibu dan bapanya 4 Oktober lalu. Foto: Sinar Harian

SEORANG lelaki yang didakwa atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya pada 4 Oktober lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lipis dan berdepan dengan hukuman mati.

Ahmad Hafizuddin Mohammad, 31, beralamat Kampung Kemahang, Benta kelihatan tenang dan menganggukkan kepalanya tanda faham selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Parah ditetak suami selepas posting terakhir FB, muka terbelah... jari hampir putus, “Mungkin mati kalau tak lari keluar bilik...”

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Hafizuddin yang juga seorang penganggur didakwa telah membunuh Mohammad Maasai, 68, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta antara pukul 11 malam hingga 12 tengah malam pada 4 Oktober lalu.

Dia turut didakwa membunuh Zailan Zainudin, 64, di lokasi sama antara pukul 11 malam hingga 12 tengah malam, pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhairi Mohamad Noh yang mengendalikan pendakwaan kemudian memohon tertuduh dirujuk ke hospital untuk dinilai kesihatan mentalnya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 November depan.

Pada 4 Oktober lalu, pasangan suami isteri warga emas maut dipercayai ditetak anak lelaki mereka dengan menggunakan parang.

Kejadian didakwa berlaku selepas suspek berbual bersama bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain