suria

Siasat dan dakwa jika perlu, KJ mahu tindakan segera diambil terhadap kumpulan anti vaksin

Khairy mahu pihak berkuasa mengambil tindakan pantas terhadap golongan anti vaksin di negara. foto:BERNAMA

KEMENTERIAN Kesihatan telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti vaksin di negara, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan berharap tindakan pantas dapat dilakukan seperti menyiasat dan mendakwa mereka jika perlu.

"Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, dan mengancam kesihatan masyarakat.. ia juga menjengkelkan," tulisnya di Twitter pada Jumaat.

Khairy memberi respons kepada pengguna Twitter yang mempersoalkan kekurangan penguatkuasaan terhadap kumpulan anti vaksin di negara ini.

Dalam pada itu, beliau mengatakan sebanyak 5,410 dos penggalak telah diberikan, terutama kepada petugas barisan hadapan perubatan, pada Khamis.

"Warga emas akan mula menerima dos penggalak mereka di klinik berdekatan dalam terdekat," katanya.

Pada 15 Oktober, 91.2 peratus populasi dewasa telah divaksin sepenuhnya, sementara 95 peratus telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain