KHAIRY Jamaluddin guna tangkal untuk lindungi diri? Menteri Kesihatan tersebut pada Ahad berkongsi tangkap layar perbualan beberapa orang individu dipercayai dari sebuah group Telegram. ARTIKEL BERKAITAN: Umrah dan mungkin haji antara faedah gagal diperoleh golongan anti vaksin - PM Seorang individu mendakwa, gelang yang dipakai Khairy merupakan tangkal yang lengkap dengan empat jin syaitan bagi melindungi dirinya. "Salah. saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, jin Pfizer, AstraZenaca, Sinovac dan CanSino," jawab menteri tersebut dalam satu hantaran di akaun Instagramnya. Tangkap layar dikongsi KJ di akaun instagramnya. Menurut Khairy, golongan anti-vaksin ini kini dilihat semakin menjadi-jadi. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI