suria

Anggota bomba hampir lemas ketika bantu mangsa banjir meninggal dunia

Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh meninggal dunia jam 3.11 pagi pada Khamis.

SEORANG anggota bomba yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja menyelamat di Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka pada Rabu disahkan meninggal dunia pada jam 3.11 pagi pada Khamis.

Mangsa, Pegawai Bomba PBK II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, 46, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Pengarah JBPM Negeri, Penolong Pesuruhjaya, Abu Bakar Katain mengesahkan berita sedih itu dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada pagi Rabu dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An- Nur Krubong, pada jam 10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Anggota bomba pengsan, lemas ketika cuba selamatkan mangsa banjir

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama pasukannya sedang melakukan kerja-kerja menyelamat seramai 14 mangsa banjr yang terperangkap di anjung sebuah rumah berikutan arus deras dan paras air meningkat dengan cepat.

Menurut Abu Bakar, pasukan itu menggunakan alat pelindungan diri seperti jaket keselamatan ketika membuat penyelamatan secara 'water crossing' di lokasi kejadian bagaimanapun mangsa tergelincir akibat ditolak arus deras dan terperangkap di longgokan rumput hanyut.

Ujarnya, mangsa kemudian diselamatkan oleh anggota bomba yang lain serta diberikan bantuan pernafasan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Melaka menggunakan Jentera Emergency Medical Rescue Service (EMRS) BBP Melaka Tengah.

Mangsa yang menerima rawatan di hospital masih tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut, katanya dalam kenyataan itu.

mStar pada Rabu malam melaporkan seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah dipercayai pengsan semasa melakukan kerja-kerja penyelamatan di Sungai Putat.

Kejadian jam 5.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang memasang tali di kawasan banjir untuk membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bomba, lemas, banjir, melaka, maut

Artikel Lain