suria

Covid-19: Kadar kemasukan ke hospital di Lembah Klang, Sarawak meningkat

Khairy membuat satu ciapan di Twitter berkenaan peningkatan kadar kemasukan ke hospital berkaitan kes Covid-19. foto:THE STAR

KADAR kemasukan ke hospital berkaitan kes Covid-19 di Lembah Klang dan Sarawak menunjukkan peningkatan dalam masa tujuh hari lalu, kata Khairy Jamaluddin.

Berdasarkan laman Twitter Menteri Kesihatan tersebut, tangkapan skrin data dari portal CovidNow menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus di Lembah Klang dan peningkatan 16 peratus di Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Negara rekod 5,516 jangkitan baharu

Khairy berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan meningkatkan analisis dan pengawasan mereka.

Ciapan pada Khamis juga menunjukkan peningkatan sebanyak 23 peratus di Selangor, Kuala Lumpur (12 peratus) dan Putrajaya (lima peratus).

Malaysia mencatatkan 5,516 kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah jangkitan kumulatif di negara ini menjadi 2,407,382 pada Rabu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain