suria

Anak Mat Sabu bebas tuduhan kes dadah

Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Ahmad Saiful (tengah) selepas didapati bersalah atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada Jun lalu.-fotoBERNAMA

ANAK kepada bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu, telah dibebaskan daripada sabitan dadah selepas diketepikan Mahkamah Tinggi.

Menurut Hakim Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful Islam, 32 tahun, selepas membenarkan rayuan dikemukakan perayu.

Sequerah dalam penghakimannya, berkata perayu dalam kes ini mempunyai hak untuk sampel ujian air kencingnya diambil sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, katanya, polis hanya mengambil satu sampel air kencing Ahmad Saiful untuk dianalisis.

“Perayu telah dilucutkan hak ke atas dua sampel air kencing dan garis panduan prosedur yang ketat ini mesti dipatuhi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukit Aman sahkan anak Mat Sabu didakwa ambil dadah

Pada 24 Jun lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Ahmad Saiful selepas didapati bersalah atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Mahkamah turut memerintahkan dia dipantau Agensi Antidadah Kebangsaan dan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman penjara.

Dia juga diperintahkan membayar ikat jamin RM9,000 dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah, serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain