suria

Bajet 2022: Diskaun sehingga 15 peratus buat peminjam PTPTN... syaratnya bayar hutang!

Kerajaan beri diskaun bayaran bermula 1 November hingga April depan.

KERAJAAN bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November sehingga 30 April depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peminjam yang menyelesaikan bayaran penuh pinjaman akan diberi diskaun sebanyak 15 peratus, manakala diskaun 12 peratus akan diberikan kepada peminjam yang melunaskan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual pula akan diberi diskaun sebanyak 10 peratus, katanya ketika membentangkan Bajet 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

ptptn, zafrul, mof, diskaun

Artikel Lain