suria

OhMydin! Huru-Hara Pasar Raya kembali lagi, tetap raikan pelanggan setia... jom rebut hadiah hampir RM100,000!

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin berkata, Kempen OhMydin! Huru-Hara Pasar Raya merupakan medium terbaik bagi menghargai pelanggan setia mereka. Foto: Azhar Mahfof/The Star

DEMI menghargai pelanggan setianya, rangkaian pemborong dan runcit terkenal, Mydin, kembali dengan kempen OhMydin! Huru-Hara Pasar Raya.

Kempen yang berlangsung sehingga 21 Januari 2022 ini menawarkan penjimatan yang berganda dan promosi barangan dengan harga yang cukup istimewa!

Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, Kempen OhMydin! Huru-Hara Pasar Raya adalah inisiatif pihaknya untuk tampil cakna dan prihatin dengan cabaran ekonomi semasa terutamanya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

"Ini merupakan medium terbaik bagi menghargai pelanggan setia kami di samping menyumbang kembali kepada masyarakat. Ini merupakan situasi menang-menang untuk usahawan dan perniagaan yang terkesan dengan pandemik ini bangkit di samping menawarkan penjimatan kepada pelanggan.

"Selain daripada itu, kempen ini juga bakal mengetengahkan barisan jenama produk tempatan bagi menggalakkan pembelian barangan tempatan.

"Di bawah kempen Beli Barangan Malaysia, Mydin yang juga syarikat tempatan turut bekerjasama dengan jenama produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membantu mempromosi dan memperkenal kehebatan dan keunikan produk yang sesuai dengan citarasa Malaysia", katanya.

Kempen ini turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Kempen Beli Barangan Malaysia dan 66 syarikat pembekal terkenal antaranya Nestle, P&G, Lux, Lifebuoy, Sunsilk, Kapal Api dan Saji.

Selain itu, promosi kempen juga akan berlangsung di platform e-dagang terkemuka, Shopee, bagi memberi kemudahan pelanggan membeli- belah secara dalam talian.

Program televisyen OhMydin! Huru-Hara Pasar Raya juga akan bersiaran di saluran TV3 pada 30 Oktober, bermula 2 petang hingga 3.30 petang bagi menawarkan pelbagai jenis barangan untuk direbut pada harga tidak masuk akal.

Barisan artis tempatan tanah air antaranya Noorkhiriah, Black, Sarah Suhairi, Atu Zero dan AG Azmeer akan turut 'turun padang' di samping pelbagai permainan, bantuan amal dan hiburan menarik turut disajikan.

Selain merebut tawaran 'Shocking Sales' dengan mengimbas kod QR semasa rancangan, 40 pembeli terbanyak yang bertuah juga berpeluang memenangi bekalan barangan runcit selama tiga bulan bernilai RM900!

Selain daripada itu, pelbagai peraduan untuk disertai bagi merebut hadiah bernilai hampir RM100,000 sepanjang kempen berlangsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen OhMydin! Huru-Hara Pasar Raya, orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi Mydin Malaysia atau kunjungi cawangan Mydin berdekatan.

Untuk lihat katalog penuh, imbas QR kod atau layari: https://bit.ly/MYDIN-Mailer

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain